Quantcast
Channel: Diari Si Tukang Padam Papan Putih
Viewing all articles
Browse latest Browse all 216

IPOH dan Limau Bali Gerai 28

$
0
0
Salam

Alhamdullilah selamat sampai ke pejabat.. patut hari ini boleh terus jek balik rumah sebab cuti bertugas rasmi.. tapi sebab petang nie ada taklimat Praktikum dan juga nak kumpul soalan Kuiz.. so naik jugalah pejabat.. buat cikgu cikgi yang dah mula bercuti sekolah.. Tahniah..boleh lepak-lepak kat rumah.. walaupun tadi lalu sekolah menengah depan rumah tengok ada juga cikgu yang datang sekolah hari ini... selamat bekerja lebih masa :)

Konferen belum selesai sebenarnya.. tapi disebabkan ada workshop pagi nie dan perlu berdaftar.. rasa kurang minat nak join sebab tak related sangat dengan bidang dan keduanya dah ingat nak balik rumah jek..

Hotel yang kami duduk di sekitar Greentown, berhampiran Dataran Ipoh, Ipoh Parade dan Majlis Bandaraya Ipoh.. walking distance nak ke shopping complex... tempat dan gerai-gerai makan.. tak jauh juga dengan Downtown Ipoh.. next time if you in Ipoh.. Hotel Syuen ini quite good.... Government rate dari harga RM159 untuk bilik superior sama ada katil Double atau 2 katil single dengan breakfast.. RM159 nie takde tingkap.. kalau nak bilik yang ada tingkap boleh pilih deluxe Room government rate RM179 dengan 2 org breakfast.. Lunch buffet lak ada promosi RM18 seorang.. so not badlah kan.. Dulu selalu duk heritage hotel.. dah banyak bengkel dan urusan kerja kitaorg duk Heritage.. sampai tahulah ada kisah misteri/mistik kat hotel tuh.. cuma lupa bilik mana dan tingkat mana hehehe...

Sebelum keluar dari bandar Ipoh.. aku dah beritahu nak singgah ke gerai limau bali... disebabkan dah survey kat blog.. so ada yang recommended gerai No28 nie.. Nama Muhammad Ridzwan.. Cina Mualaf dan isterinya orang Trengganu.. dah 6 tahun convert.. harga sebiji buah limau bali yang dia bagi.. RM15 untuk yang saiz besar... yang putih manis rasanya... kalau yang merah.. masam manis.. mula rasa masam.. tapi lama-lama manis.. so aku beli dedualah.. sebabnya.. Bila teringat buah limau bali.. teringat.. buah limau bali nie kegemaran mak...so beli walaupun berapa pun harganya.. hahaha.. Alhamdullilah.. dia bagi harga murah jek.. sebab kebun limau bali dia.. kepunyaan keluarga dia.. dari atuk dia lagi... cuma sekarang nie musim panas dan buah limau banyak yang kecil-kecil sedikit dan kurang manis.. Ridzwan tuh beritahu jujurlah pada kami.. kalau musim panas... biasanya buah tak banyak.. sebab pokok limau bali memerlukan kadar hujan yang banyak untuk berbuah lebat... sampai FAMA nak beli banyak pun dia tak dapat supply...

Yang bestnya.. masa aku parking kereta tuh.. parking jauh ke depan sikit.. sebab nak survey kedai.. dan of course.. kalau ada gerai muslim kita utamakan.. masa aku sampai sekitar pukul 9.30 pagi tadi.. tak banyak gerai yang buka.. dan kebetulan gerai 28 nie dah buka.. actually tak nampak pun nombornya.. tapi nampak seorang jejaka cina berkopiah.. itu yang sebabkan langkah tuh laju je ke kedai dia.. yang best.. bila kami sampai jek.. ada 2 3 kereta lain pun sampai ke gerai tuh... rezeki Ridzwan ler kan... aku sendiri pun beli 1 bungkus besar kacang menglembu.. sepeket RM17.. dan kopi ipoh RM13.50.. Alhamdullilah rezeki untuk mak kat kampung lah kan ;)

So sesiapa yang mungkin ke Ipoh.. Jangan lupa ke gerai Limau Bali.. I recommended gerai no28... ada banyak gerai-gerai lain juga.. boleh tengok dan pilih juga... Gerai Limau Bali ini di Jalan Raja Dr Nazrin Shah.. tak jauh dari Kuil Sam Po Toh.. kalau dari bandar Ipoh sebelah kiri selepas simpang ke Kuil tuh.. kalau dari Simpang Pulai.. dia sebelah kanan.. kena buat U-turn kat traffic light..

p/s Pertama kali ke Ipoh selepas hampir 8 atau lebih tahun dah.. jauh berbeza sangat.. walhal dulu pernah berulang hampir 2 minggu ke Ipoh untuk menyelia pelajar... sekarang nie jalan banyak dah 4 lane.. walhal dulu jalan 2 lane jek.. dan tak banyak kereta.. miss time jalan-jalan di Perak sekitar tahun 2000-2005 masa nie jalan-jalan sekitar Slim River, Sungkai, Bidor, Manjung, Teluk Intan, Gopeng, Chemor.. dan Ipoh masih cantik jalannya.. kereta tak banyak.. takde speed trap berkamera... sekarang nie.. jalan kampung semua teruk dan rosak.. tampal sana sini.. rosak.. sesak.. emmm susah nak cakaplah... Jalan kat Selangor pun sama juga.. Dari Kuala Selangor ke Sabak Bernam dan terus ke Teluk Intan.. jalan dia.. emmm drive sendirilah kalau nak tahu macamana.. :)

Viewing all articles
Browse latest Browse all 216

Trending Articles